Maya Iris Blog Header

Tuesday, December 20, 2016

Di sebalik tabir Trilogi Fugitif

Bahagian 1: Mahar Cinta Cinderella

Pertamanya, abaikan cover MCC yang blink-blink tu. Itulah trendnya masa tahun 2011, kot. Lagipun, tajuknya ala-ala fairy tales gitu.. jadi cover pun ala-ala tu jugak la..

Bab 36 ialah bab yang pertama saya tulis untuk MCC. Ya.. bukan Bab 1. Bab 36 tentang kisah Nur Sayang terperangkap dalam revolusi Mesir itu berdasarkan pengalaman benar. Ketika itu, segolongan rakyat Mesir mahu menjatuhkan Presiden. Anak saya baru saja 1 tahun berada di situ. Semua pengalaman anak saya, saya nukilkan dalam Bab 36. Melihat orang ramai merusuh, ada yang membawa parang, sistem telekomunikasi terputus, sistem perbankan dihentikan, terkurung dalam rumah, menunggu giliran utk dibawa pulang ke Malaysia dalam Ops Piramid, berhimpit menaiki pesawat Charlie yang tidak ada kerusi, menunggu giliran di Jeddah.

Dialog dalam babak itu adalah dialog sebenar antara saya dan anak saya apabila kami berjaya berhubung semula melalui telefon.  Perasaan Qamarain adalah perasaan saya ketika itu. Bayangkan hati seorang ibu yang mahu bawa anaknya keluar dari kawasan yang bergolak, tetapi penerbangan keluar-masuk Mesir telah disekat. Bila anak mengatakan dia kena ikut giliran untuk dibawa pulang, tapi tidak diberitahu bila. Semua itu buat jiwa ibu bapa jadi kacau. Tambahan pula berita yang boleh didapati hanyalah apa yang disiarkan di kaca tv dan apa yang diberitahu oleh Wisma Putra. Bersyukurlah, kita tak pernah alami kekacauan seperti itu di Malaysia. Tak tidur malam dibuatnya..

Dari Bab 36, saya kembangkan depan belakang kiri kanan tengah. Jadilah satu buku yang ada banyak lagi kisah benar.

Kisah Ayala yang menghidapi Cystic Hygroma pula ditulis berdasarkan anak bongsu saya yang dilahirkan dengan ketumbuhan itu. Ubat yang dikehendaki oleh Dr. Ehsan untuk merawat Ayala adalah nama ubat sebenar. Umur yang paling awal untuk dapatkan rawatan itu adalah 6 bulan. Setiap kali demam, sista itu akan membengkak dan sakit. Jadi, selama 6 bulan itu, saya terpaksa menghadapi soalan dari orang yang ternampak ketumbuhan itu. Kekadang timbul bosan dan geram dengan soalan-soalan yang mmmm.. tahu-tahu sendirilah..

Kisah Qamarain menghadapi masalah rumahtangga kerana mandul, bagaimana dia dibenci ibu mertua, suami kahwin lain, madunya serang baling pinggan mangkuk dan suami yang tak adil adalah kisah benar seorang kawan yang mahu kisahnya dibukukan. Tapi, banyak babak yang dicantas editor kerana realitinya tak sesuai untuk dibaca.

Tang mana Cinderella-nya? Ini tentang Cinderella moden. Ala.. omputih pun selalu memodenkan Cinderella mereka, kan.

Nur Sayang? Saya ada terangkan kenapa namanya Nur Sayang dalam Fugitif.

Dr. Ehsan? Dia gabungan beberapa orang doktor yang saya pernah jumpa.

Inilah permulaannya kenapa trilogi Fugitif ini sangat special bagi saya. Bagi yang sudah baca MCC, terima kasih saya ucapkan. Dengan sokongan anda, MCC berjaya ke cetakan ke-3 ditambah dengan 1 cetakan cover baru.

MCC pernah menjadi Pilihan Popular dan keluar suratkabar pun. Alhamdulillah.

Wednesday, November 23, 2016

FUGITIF

Menakluk dunia. Itu agenda Konsortium. Untuk dipersembahkan kepada 'Raja Besar' yang berkuasa menghidupkan yang mati dan mematikan yang hidup. Namun, perancangan itu terencat akibat campur tangan tidak sengaja dua orang rakyat Malaysia. Pasangan suami isteri ini perlu dihapuskan walau dengan apa cara sekalipun.

Demi keselamatan, Dr. Ehsan dan Nur Sayang menjadi pelarian tanpa rela.

"Jangan terpisah. Selagi kita bersama, kita kuat."  - Nur Sayang.

Tregedi menimpa. mereka terpaksa melarikan diri lagi. Bersembunyi di sebuah tempat terpencil. Namun, igauan ngeri itu belum berakhir.

Serangan Konsortium terhadap ahli keluarganya membuatkan Dr. Ehsan kembali ke Mesir. Meminta pertolongan Arielle. Tapi, bayaran yang diminta adalah perpisahan dengan isteri tercinta.

"Kita mesti berhadapan dengan realiti, sayang. Sampai bila kita mahu hidup dalam alam fantasi? Hidup dalam mimpi? Hidup dalam angan-angan? Setiap dongeng, ada pengakhirannya. Bagi kita, kisah kita berakhir hari ini." - Dr. Ehsan.

Bagaimana Nur Sayang meneruskan hidup? Bertemukah mereka akhirnya? Berjayakah Konsortium merealisasikan agenda mereka?

Tuesday, November 15, 2016

Beginilah rupa cover siri ketiga dalam trilogi Fugitif.

Hero: Dr. Ehsan
Heroin: Nur Sayang

Akhirnya terbit juga siri ketiga ni. Ingat, tak? Kisah mereka bermula dengan novel MAHAR CINTA CINDERELLA. Kemudian sambung sekuel berjudul KONSPIRASI SUAMI. Siri ketiga diberi judul FUGITIF. Insya Allah akan membuat kemunculan pertama sempena Ekspo Buku Malaysia, 14-18 Disember 2016 bertempat di PWTC.

Jumpa di sana.
Sebenarnya, saya tak sangka pula bebelan fb saya akan tersiar dalam The Vocket. Asalnya saya tulis artikel panjang tu sebab saya geram orang selalu bandingkan novel, drama adaptasi dengan Harry Potter. Beza sangat tu. Tak adil kalau bandingkan drama tv dengan filem box-office. Lagilah tak adil kalau bandingkan drama tv tempatan dengan filem box-office luar negara. Paling tak adil kalau bandingkan novel tempatan dengan filem box-office luar negara. Nak banding biarlah sama kelasnya.

Klik link di bawah untuk versi The Vocket.

Novel Dan Drama Adaptasi Dikritik, Novelis Jelaskan Tentang Kepercayaan Karut Sesetengah Orang Berkenaannya

Ini versi asal bebelan saya itu.

Saya ni bukan jenis suka update status panjang-panjang. Tapi dunia penulisan dihebohkan lagi dengan kepercayaan karut sesetengah orang tentang novel dan drama adaptasi. Jadi, saya nak tulis karangan panjang.

Mula-mula sekali, korang kata penulis kaya sebab dapat royalti berkepuk-kepuk. Realitinya royalti dibayar mengikut peratusan. Selalunya antara 5% – 12% dari harga di kulit buku. Bayangkanlah kalau buku harga RM20, penulis dapat RM2 setiap buku. Kalau buku laku, dapatlah banyak. Tapi taklah sampai berkepuk-kepuk. Kalau buku tak laku sebab korang dok canang jangan beli, sikitlah penulis dapat royalti. Silap haribulan tak dapat langsung sebab tak cover modal penerbit.

Tahu tak, ada penulis tu ibu tunggal. Yang mengharapkan royalti untuk tampung sara hidup, nak sekolahkan anak, beli baju raya. Bagi mereka, menulis itu kerja. Mereka tak kacau korang pun, tapi apa hal korang cuba tutup pintu rezeki mereka?

Korang fikir penulis dapat buku free, jadi korang pun minta buku free. Oh tidak. Penulis pun kena beli buku sendiri. Yalah, ada diskaun. Tapi paling banyak pun 50%. Jadi, janganlah minta buku free dari penulis. Selalunya yang dapat buku free ini bukan pembaca tegar. Pembaca tegar saja yang sanggup menabung untuk beli buku.

Lepas tu korang kata semua novel cinta tentang uda dan dara. Kalau korang anggap semua novel cinta tu tentang cinta Uda dan Dara, korang belum cukup lama hidup, kot. Atau korang kurang jumpa orang. Atau korang belum cukup kenal Allah. Tahu tak, cinta tu datangnya dari Allah. Antara nama-nama Allah, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang, Yang Maha Mengasihani, Yang Maha Pengampun. Kasih, sayang, kasihan, memaafkan, itu semua lahir dari rasa cintalah.

Kemudian korang kata penulis kuat berangan pulak. Semua yang ditulis adalah angan-angan belaka. Tahu tak, untuk menulis sesebuah buku, penulis kena baca banyak buku. Supaya fakta yang ditulis tu betul.
Kalau tak betul nanti korang juga yang kecam. Paling kurang pun penulis kena baca buku dari penerbit yang sama untuk mengenali stail dan genre penerbit itu.

Dah habis kutuk novel, korang kata novel sama hampeh dengan drama adaptasi. Tahu tak, drama adaptasi tak ambil pun 100% dari novel. Paling banyak 30% kot. Novelis tak ada kuasa dalam skrip drama. Lainlah kalau novelis itu tulis skripnya juga. Kemudian bila dah jadi skrip, mungkin 50% tak ikut skrip.Sebab kalau hari shooting tu pelakonnya baru saja kena marah ngan Pak Guard, baru datang period, lupa bawa baju sendiri sebab tak ada sponsor, hari hujan, itu akan ubah mood dan feel. Jadinya, skrip suruh hero pandang heroin dengan pandangan kasih sayang dan sebut “I love you”, pelakonnya pandang macam nak telan orang dan sebut “I love you” pun macam nak telan orang.

Janganlah bandingkan drama adaptasi dengan Harry Potter. Harry Potter tu epal, drama adaptasi jambu batu. Cuba bandingkan dengan Desperate Housewives atau Mistresses. Barulah sesuai. Itulah, terlalu agungkan produk luar negara sampai filem dengan soap opera pun tak reti beza.

Janganlah bandingkan pelakon tempatan dengan pelakon overseas. Pelakon overseas masuk kelas lakonan supaya senang dapat job. Itupun perlu bersaing dengan ribuan yang datang audition. Tahu tak, bila pembikin filem overseas nak lamar pelakon asing, mereka akan tonton filem yang dibintangi oleh pelakon itu, tanpa sound. Mereka nilai melalui ekspresi muka saja. Pelakon tempatan? Kita nilai melalui muka jer. Itupun kira baguslah boleh berlakon. Korang ingat senang ke orang Melayu/Islam nak cakap: “I love you”, “aku cinta padamu”, “saya sayang awak” dengan penuh perasaan pada orang yang bukan suami/isteri dia, walaupun sekadar lakonan. Dengan suami/isteri sendiri pun belum tentu selalu lafazkan, kan?

Korang mual dengan drama adaptasi, korang attack penulis novelnya. Padahal korang tak baca pun. Penulis tahu siapa yang baca dan siapa yang tidak. Sebab dalam proses kami menulis, kami terpaksa menjadi watak-watak yang kami cipta. Dari situ, kami ada kuasa membaca fikiran orang. Hehehe.

Saya, Maya Iris penulis novel. Memang saya sengaja masukkan cinta dalam novel thriller saya. Bacalah, tak hilang macho korang kalau baca pun.

Monday, April 11, 2016

CURAHAN CINTA NIAGARA

Penerbitan Anaasa ada membuat contest Review Sempena PBAKL 2016.  Ini antara review Curahan Cinta Niagara Edisi Baru.

Dari Achik Niza >>

Aku dekat
Kau dekat
Syabas buat Penerbitan Anaasa kerana terbitnya semula .....
Buat akak Maya Iris Novelis terima kasih kerana karya CURAHAN CINTA NIAGARA banyak info keagamaan dlm novel ini adalah salah satu pilihan untuk peminat novel seperti achik.......
Di sebabkan novel CCN banyak nilai2 yg dpt kita pelajari......maka achik hadiah satu lg utk ank menakan yg sedang belajar di New Zealand masa kini.....tak sia2 dia bawa CCN ke sana .....skrg rakan serumah pula yg pinjam.....

Dari Fairuz Hidayah Ramli >>

Curahan Cinta Niagara edisi terbitan semula sebuah karya yang sarat dengan inspirasi dan nilai keagamaan yang tinggi.
Dua jejaka hadir dalam hidupnya, Faris dan Farhan. Kedua-duanya berjaya menakluki ruang hati Mira Zahila.
"Terimalah curahan cintaku yang tak akan berhenti".
Di kala ujian datang bertimpa-timpa Mira Zahila sentiasa terapi positif diri dalam setiap kesulitan yang dilaluinya. Fikiran positif menghasilkan yang positif.
Sabar , tabah dan redha itu sangat indah. Laluinya dengan penuh kesyukuran. Itulah warna-warni kehidupan.
Tahniah buat penulis Maya Iris Novelis dan Penerbitan Anaasa.

Dari Fariza Abu Bakar >>

Bismillah...
Secara jujur saya bukannya orang yang pakar dalam bab review novel ni. Tambahan novel Curahan Cinta Niagara ini saya beli hanya ianya pernah menjadi rare satu masa dahulu, kerana takut rare lg saya beli. Hehehe.
Setelah membacanya pandangan saya berbeza, CCN ada rarenya sendiri. Membacanya seperti membaca tazkirah ustazah yang dibuat dalam penceritaan yang amat santai. Tahniah Maya Iris Novelis.
Rasa ingin tahu bab ke bab amat menebal terutama adanya prolog yang suspen.
Ada suka, sedih, suspen, menyampah, sweet juga terliur dalam CCN.
Konflik bukan orang ketiga tetapi perasaan masing-masing.
Tahniah sekali lagi pada novelisnya dan penerbitPenerbitan Anaasa kerana memberi peluang lebih ramai utk dapatkan novel yang rare ini.

Dari Ruziah Hashim >>

Karya Maya Iris yang diperbaharui dari segi olahan dan bahasa yang lebih santai. Actually dah lama beli novel ini tetapi banyaknya novel yang pending jadi terpaksa ikut turn (nampak benar merakus membeli novel).
Kisah Mira seorang gadis kampung yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Bercita-cita untuk menaikkan taraf hidup keluarga di samping meringankan beban ibunya, Mira mengetepikan perkara-perkara yang tidak bersangkut paut dengan pelajaran. Pertemuan dengan Faris rakan sekuliahnya menghuru harakan hidup Mira. Faris yang terkenal dengan masalah sosial kerana terlalu dimanjakan oleh mamanya berusaha meraih cinta Mira walaupun berkali-kali ditolak sehingga akhirnya Mira mengalah dan menerima Faris sebagai kawan rapatnya.
Sesungguhnya hidayah itu diturunkan kepada insan yang terpilih tanpa mengira bila dan di mana. Mira yang selama berada di Amerika Syarikat lalai dengan kewajipan sebagai umat Islam akhirnya kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Perkenalan dengan Kak Fisa banyak menyedarkan Mira terutamanya tentang aurat dan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Faris yang tidak menyukai perubahan Mira, masih cuba memikat Mira sehingga melamar Mira namun ditolak oleh Mira. Mira cuba menjauhkan diri daripada Faris. Pertemuan di antara Mira dan Farhan abang kepada Faris melahirkan rasa cinta pandang pertama di hati Farhan namun demi adiknya Farhan sanggup beralah tetapi Farhan tetap menasihati Mira akan perangai sebenar Faris.
Suatu hari terjadi pertelingkahan antara Mira dan Faris kerana Faris gagal mengawal nafsunya. Mira menghalau Faris keluar dari rumahnya. Faris yang marah, memandu dalam keadaan salji yang tebal, gagal mengawal kenderaannya lalu terbabit dalam kemalangan yang menyebabkannya lumpuh. Mira yang merasa bersalah dan kasihankan Faris akhirnya mengambil keputusan mengahwini Faris. Setelah tamat pengajian, mereka kembali ke Malaysia namun kehadiran Mira ke dalam keluarga Faris tidak disukai mama Faris. Mama Faris yang bencikan perempuan miskin dan bertudung kerana pernah dimadukan oleh suaminya dengan perempuan yang bertudung.
Reda dengan ketentuanNya, Mira berusaha menjadi isteri yang sempurna untuk Faris. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya...Perginya Faris menghadap ilahi kerana dosa semalam membawa pergi bersama cintanya terhadap Mira yang sentiasa tersemat di hati.
Sungguhlah kalau dah jodoh, tiada apa yang dapat menghalang. Wasiat yang ditinggalkan Faris menemukan jodoh Mira dan Farhan. Bagi Farhan, wasiat ini memudahkan cerita cintanya terhadap Mira yang berputik sejak pertemuan pertama di air terjun Niagara. Namun bagi Mira, ia merupakan satu lagi ujian yang diturunkan Allah untuknya. Disangkakan panas sehingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Farhan yang disangkakan dapat menjadi pelindung Mira, rupanya masih sangsi akan sejarah hidup Mira. Semuanya gara-gara satu ungkapan yang terdapat di dalam wasiat Faris dan sangsi Farhan terhadap penyebab kematian Faris. Hati Mira sentiasa didera dan diuji oleh Farhan. Namun Mira yang merupakan seorang wanita yang tabah dan kuat, sekali lagi reda dengan jodoh yang ditentukanNya, berusaha memikat hati suami dengan pelbagai cara...
Mampukah Farhan dan Mira mengecapi bahagia? Apakah yang terkandung dalam wasiat tersebut yg membuatkan gundah di hati Farhan?
Apakah punca sebenar kematian Faris?
Apakah cinta takkan kering seperti curahan air terjun Niagara atau sebaliknya?
Berjayakah mentera penguat hati Mira "Aku Dekat. Kau Dekat!" mengatasi segala kemelut?
Untuk mengetahui jawapan segala persoalan bolehlah dapatkan novel ini di kedai-kedai buku, order online melalui Penerbitan Anaasa ataupun boleh terjah booth Anaasa di pesta buku nanti. Kalau reveal semua tak thrill lah nak baca nanti kan....
Pada saya karya ini diolah dengan baik dan plot yang tersusun. Saya tidak berkesempatan membaca versi yang terdahulu, tetapi versi ini telah berjaya menarik minat saya untuk meneruskan pembacaan tanpa henti. Walaupun karya ini tidak dihujani dengan kisah sweet mweet namun ianya dipenuhi dengan informasi dan pengajaran. Penulis berjaya mengetengahkan isu-isu dan cara-cara untuk menjayakan sesebuah institusi perkahwinan (sesuai untuk yang baru bernikah dan bakal mendirikan rumahtangga). Semuanya berpandukan ajaran agama. Sesungguhnya reda akan ketentuanNya merupakan tunjang untuk memastikan sesebuah perkahwinan itu berjaya. Komunikasi di antara suami dan isteri itu penting di samping sifat saling faham-memahami dan saling percaya-mempercayai (sekurang2nya 95%). Hanya cinta terhadap Allah swt yang akan kekal abadi.
Tahniah Maya Iris untuk karya yang baik dan berinformasi ini. Semoga terus menghasilkan karya-karya yang bermutu. Terima kasih Penerbitan Anaasa untuk terbitan semula karya ini. 4/5 bintang untuk karya ini

Dari Nurfee MY >>

Monday, June 8, 2015

Buku baru - Konspirasi Suami

Aduhai..lama sungguh tak update blog.. sampai password lupa.. sampai lupa camne nak buat posting..  Spiderman pun dah bermaharajalela buat sawang..

Okey.. ni nak warm up sikit..

Ada novel baru Maya Iris.. KONSPIRASI SUAMI.. suka sangat dengan cover.. nampak macho.. hehehe..

Kalau posting ni keluar, maknanya berjaya update bloglah tu.. hehehe..

Sunday, January 8, 2012

Babak Favorite Penulis: Curahan Cinta Niagara

Ini babak favorite saya dalam Curahan Cinta Niagara. Saya tersenyum semasa menulisnya, saya tersenyum bila sudah jadi buku, dan saya tersenyum bila membacanya.  Para pembaca, jangan ikut cara Mira.  Jangan terjun tingkap tau.. Bahaya...

Anyway,  enjoy!

Sementara para hadirin sedang berdoa untuk roh arwah ayah dan arwah suaminya, Mira duduk termenung di atas sebuah bangku di bawah sebatang pohon rambutan. Sebentar tadi, dia cuba melarikan diri ketika majlis pertunangannya sedang dijalankan. Tapi dia terhenti separuh jalan kerana terasa kakinya seperti dirantai, menghalangnya dari pergi lebih jauh lagi.

Dia terkenangkan kata-kata Faris. ‘Mira, kalau ditakdirkan awak tak jadi isteri saya, saya akan pastikan awak dapat suami yang boleh membahagiakan awak, lebih dari saya boleh membahagiakan awak. Ini janji Faris.’ Itulah janji Faris semasa di New Paltz. ‘Faris mahu kedua-dua orang yang Faris sayang bahagia bersama.’ Itu pula kemahuan Faris di dalam suratnya.

“Betul ke saya boleh bahagia dengan abang awak, Faris?” kata Mira perlahan disertai dengan perasaan curiga. “Ya Allah, jika Farhan benar-benar jodohku, berilah petunjuk kepadaku,” Mira berdoa dengan setulus hatinya. Dia memerlukan satu tanda dari Allah, sebagaimana Allah telah memberinya tanda ketika dia mendapat hidayah untuk bertudung semula.

Ketika itu juga Farhan yang entah dari mana datangnya, melangkah dengan bersahaja ke arah Mira. Tanpa menunggu pelawaan dari Mira, Farhan mengambil tempat duduk di sebelah Mira. Mira mengalih duduknya agar tidak terlalu rapat dengan Farhan. Farhan menjeling jari-jemari Mira yang kosong. Tidak terdapat cincin di jari manis yang sepatutnya tersarung cincin pertunangan darinya. Dia dapat mengagak Mira telah melarikan diri sebelum upacara menyarung cincin.

Mira tidak memandang Farhan, sebaliknya hanya memandang ke hadapan. Farhan juga turut memandang ke arah yang di pandang oleh Mira. Lama mereka duduk dalam keadaan begitu.

“Farhan, kenapa awak nak kahwin dengan saya?” Mira memecah kesunyian. Mata Mira masih memandang ke hadapan menanti jawapan.

Begitu juga Farhan. Merenung jauh. Adakah ini masa yang sesuai untuk memberitahu Mira akan perasaannya? Adakah terlalu awal? Adakah jawapan yang tulus ikhlas darinya akan membuat Mira terkejut dan lari semakin jauh darinya? Berbagai-bagai soalan bermain di mindanya. “Sebab Farhan sayangkan M.. my brother.” Hampir sahaja dia tersebut nama Mira. Dia menjeling kepada Mira, ingin tahu samada Mira perasan ketika dia hampir tersasul tadi. Apabila tiada reaksi dari Mira, dia memandang ke hadapan semula.

“Tapi, saya taknak kahwin dengan awak.”

“Kenapa?” Tanya Farhan tanpa menoleh kepada Mira.

“Saya belum bersedia untuk berkahwin lagi. Saya tak yakin kita akan bahagia. Cara hidup kita berbeza, Farhan.” Mira menoleh ke arah Farhan.
Farhan sempat merenung anak mata Mira dan menyelami ke dasar hati. Dia mencari kalau-kalau namanya terpahat di situ. Apa yang dicarinya tiada di situ. Mira melarikan matanya. Rahang Farhan bergerak-gerak, mengawal perasaannya. Pertama kali dalam hidupnya dia merasa betapa payahnya memikat hati seorang perempuan. Selama ini hanya perempuan yang selalu cuba memikatnya.

“Tapi, kita boleh cuba.” Jawab Farhan. Mira menoleh ke arah Farhan sekali lagi.

“Kenapa orang suka cakap kita boleh cuba dengan perkahwinan? Bagi saya, tiada cuba-cuba dalam perkahwinan. Perkahwinan adalah untuk seumur hidup. Jadi, kalau rasa-rasa takkan bahagia dengan perkahwinan itu, baik batalkan sebelum berkahwin. Itu lebih baik daripada bercerai-berai apabila perkahwinan itu sudah tidak bahagia lagi.” Mira mengulangi kata-kata yang pernah dilafazkan ketika ibunya menyuruh dia cuba dulu.

“Macamana Mira sampai ke sini?” Tiba-tiba Farhan menukar topik. Dia perlu menggunakan taktik lain untuk melembutkan hati Mira. Dia tidak mahu bertegang leher dengan Mira di bawah pohon rambutan itu, sementara ramai tetamu masih menunggu di rumah Mira.

“Saya terjun tingkap,” jawab Mira spontan.

Farhan memandang Mira dari hujung kaki hingga ke hujung kepala. Dia cuba bayangkan Mira yang sedang berbaju kurung dan bertudung lace dengan manik-manik yang bergemerlapan terjun dari tingkap. “Terjun dengan baju tu?” Tanya Farhan sambil tersenyum.

“Emm hmm,” jawab Mira membalas senyuman Farhan. Dia juga rasa gelihati mengenangkan bagaimana dia sanggup terjun dari tingkap dengan berpakaian begitu. Mujur kainnya tidak terkoyak ketika tersangkut di bingkai tingkap.

“Dah biasa buat?” Tanya Farhan lagi.

“Biasa buat apa?” Tanya Mira kehairanan.

“Terjun tingkap,” jawab Farhan dengan wajah yang cuba menahan ketawa. Dari pengamatan sepintas lalu, Farhan berpendapat Mira seorang yang kelakar. Mungkin sebelum ini Mira tidak ada peluang untuk menunjukkan sifat kelakar itu kerana situasi tidak mengizinkan.

“Masa kecik-kecik selalu,” jawab Mira selamba.

“Masa kecik-kecik, terjun tingkap kenapa?”

“Mak tak bagi keluar sebab tak siapkan homework. Tapi kawan dah ajak main.” Kali ini dia memandang Farhan dengan senyuman terukir.

“Oh.. mak tak marah ke?” Farhan mengangkat keningnya sedikit.

“Kalau dia dapat tahu, mesti dia marah. Tapi selalunya, saya balik sebelum dia perasan.” Senyuman Mira semakin melebar teringat kenakalannya semasa kecil.

“Kali ni, rasanya dia marah tak?” Tanya Farhan lembut.

“Mestilah marah.” Mira teringat leteran ibunya jika dia melakukan kesalahan. Jika ibunya marah, pasti panjang leteran ibunya.

“Agaknya dia dah perasan ke?”

“Tak tau.” Mira menjungkitkan bahunya sedikit. Hati kecilnya dapat rasakan, pasti dia akan dileteri oleh ibunya. Masakan ibunya tidak perasan dia hilang dari majlis pertunangannya.

“Let’s find out.. jom kita balik,” Farhan mengajak dengan lembut.