Maya Iris Blog Header

Wednesday, April 29, 2009

Salam Perkenalan

Asssalamu'alaikum.

Ini blog entri aku yang pertama. Dah lama aku tahu pasal orang tulis blog. Ramai kekawan pun ada blog memasing. Aku tak heran pun. Ntah naper, tetiba aku rasa nak buat blog sendiri.

Maya Iris bukan nama aku yang sebenar. Maya Iris ialah nama penaku. Aku seorang novelis, secara eksiden. Nanti aku cerita camne aku tetiba terbuka hati nak jadi novelis di blog yang lain. Sambil-sambil tu promo novel aku, ye tak?

Jadi, kenapa Maya Iris? Maya ialah nama timangan semasa zaman kanak-kanak. Masa kecik, aku pelat. Aku tak boleh sebut namaku dengan betul. Tak boleh sebut huruf 'r'. Jadilah sebutan namaku sebagai 'Maya'.

Iris tu pulak mana datangnya? Iris sejenis bunga yang cantik, secantik namanya. Bunga ros terlalu biasa orang guna... jadi gunalah Iris.

Di blog ini aku guna bahasa pasar jer.. tapi dalam novel guna Bahasa Melayu Tinggi. Ada juga komen pembaca, dialog aku berbunyi formal sebab perkataan seperti 'tak', 'nak', 'kan' semua ditukar kepada perkataan lengkap 'tidak', 'mahu', 'bukan'. Tapi nak buat camner.. itu garispanduan penerbit yang mesti aku patuhi.. kalau tidak manuskrip aku kena reject..

Itulah serba sedikit latarbelakang Maya Iris. Selamat berkenalan.