Maya Iris Blog Header

Monday, September 24, 2018

DOMINAN ITU DIA

Bestseller di MPH dan Popular Bookstores


Tajuk: Dominan itu Dia
Penulis: Maya Iris
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-469-094-6
Muka Surat : 576
Harga: RM24.00 (Semenanjung) / RM27.00 (Sabah & Sarawak)
Terbitan : Ogos 2018


BLURB

Perlanggaran kecil menemukan Lutfi dengan Aria Natasha. Dalam masa yang pantas, mereka jatuh cinta. Namun, cinta mana yang tidak bergolak? Aria terpisah daripada Lutfi apabila dia hampir-hampir menjadi mangsa pemerdagangan manusia.

ASP Hadid telah ditugaskan untuk melindungi Aria sementara pihak polis mencari dalang di sebalik penculikan Aria yang hanya dikenali sebagai Mr. Zed. Kes bertambah rumit apabila Mr. Zed menyenaraikan nama Aria dalam sistem bidaan penjenayah, The Dark Web.

Sementara bidaan untuk Aria masih aktif di rangkaian penjenayah itu, Aria telah ditempatkan di sebuah banglo perlindungan polis. Sedikit-sedikit, Hadid membongkar rahsia peribadi Aria.

"Kenapa awak sesuka hati boleh tanya saya soalan peribadi tapi bila saya pula tanya, awak suruh saya, go to sleep, Aria?" – Aria Natasha
"Saya tak nak jawab soalan awak. Tapi saya nak buat benda lain dengan awak." – Hadid.

Perasaan Aria berkocak. Hatinya berbelah bahagi di antara Lutfi dan Hadid. Kedua-dua lelaki itu ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Aura dominan kedua-dua lelaki itu mencetuskan persaingan.

"Antara kau dan aku, akulah lebih dahulu dapat sentuh Aria." – Lutfi.

"Aku nak tayang pada kau trofi aku." – Hadid.

Sementara Lutfi dan Hadid berebutkan Aria, ahli-ahli The Dark Web pula merasakan Mr. Zed hanya mempermain-mainkan mereka. Mereka menuntut agar Mr. Zed umumkan pemenang yang membida Aria Natasha. Sekali lagi, Aria termasuk ke dalam perangkap Mr. Zed.

"Awak dah buat jenayah besar kalau awak teruskan dengan niat awak jual kami. Lepaskan kami." – Aria
"Tidak semudah itu. Harga awak tinggi, Aria Natasha." – Mr. Zed

Apakah uniknya Aria sehingga dia disenaraikan sebagai 'barang' yang mencecah jutaan ringgit? Bolehkah selama-lamanya Hadid menjadi pelindung Aria dari ancaman The Dark Web? Mampukah kekayaan Lutfi membeli Aria daripada sistem penjenayah itu? Siapa yang telah merubah 'product description' Aria Natasha? Lutfi atau Hadid?
 
#Karyaseni #Penulisan2u #KSP2U #DominanItuDia #MayaIris #NovelOgos


Wednesday, January 24, 2018

Baru terbit! PLASMA



PLASMA ialah novel thriller yang diilhamkan dari kisah benar seorang penyangak korporat.

• Diterbitkan secara Print on Demand.
• Tiada jaminan akan ada cetakan kedua dan seterusnya.
• Tidak dijual di kedai.

******

Blurb belakang buku

Setiap manusia ada keperluan dan keinginan.

Assir mahu wang yang banyak untuk mengekalkan gaya hidup mewahnya. Tanpa rasa bersalah, satu demi satu syarikat dibeli dan diranapkan. Modus operandinya licin macam belut.

Sally mahu kekal muda dan cantik. Rawatan kecantikan menemukannya dengan satu suplemen yang mampu mengembalikan kecantikan dan keremajaan. Salah satu bahan dalam suplemen itu adalah darah manusia.

Justeru, apabila kedua-duanya bersatu, mereka sanggup melakukan jenayah demi memenuhi keperluan dan keinginan masing-masing.

“Kau dan aku tak ada beza. Kau sedut duit syarikat. Aku sedut plasma. Duit dan plasma. Dua-dua adalah untuk hidup.”

Adakah kejahatan mereka didorongi keperluan atau nafsu? Berapa banyak yang akan menjadi korban sehingga mereka puas?

****

Harga asal: RM 25 (SM) / RM 28 (SS) *tak termasuk kos pos
HARGA PROMOSI: RM 29 (SM) / RM 32 (SS) termasuk kos pos.

Untuk pesanan, Whatsapp ke +60104104992 atau mesej Diyanah Rahmat

Tawaran ini dibuka sehingga 15 Februari 2018. Jangan lepaskan peluang ini.