Maya Iris Blog Header

Thursday, May 21, 2009

Jangan jadi hantu

Salam,

Kekawan aku heboh pasal satu memo yang berlegar2 dalam emel ttg satu syarikat yang melarang pekerja Islam dari solat. Lalu aku teringat 20 tahun lalu, aku pernah kerja kat satu company Jepun kat KL, kat area golden triangle. Ofis tingkat 14, surau awam tingkat 2. Bos Jepun. Open ofis, jadi mana pegi pun bos boleh nampak. Lunchtime 12:30-1:30pm. Kalau hari Zohor masuk lambat, memang kelamkabut. Kalau nak solat, kena turun guna 'service elevator' sebab takut terserempak ngan bos. Tapi service elevator pun menakutkan jugak.. faham2 ajelah, elevator tu untuk angkut barang, sampah.. dan pekerja buruh yang guna elevator tu.. eeee... suspen giler bila depa tengok kita semacam.

Kalau bos besar dari Jepun datang, lagilah tekanan. Tak sorang pun berani keluar ofis. Setiap kali aku 'curi-curi' pi solat.. (aku tak suka word 'curi2' ni, sebab aku tak curi apa2 pun).. aku terfikir, adakah aku takut kat bos aku yang kafir yang kekadang datang tengahari bau arak, atau aku takutkan Allah yang menjadikan aku?

Last2nya, aku resign. Aku dapat kerja kat company milik kerajaan. Tak lama lepas aku resign dari company Jepun tu, aku dengar bos aku mati heart attack. Banyak sangat minum arak, kot.. ataupun dia 'hara kiri' sebab tak dapat balik Jepun.. Wallahu'alam

Anyway, 19 tahun aku kerja kat company milik kerajaan ni. Orang pun heran kenapa aku begitu setia. Aku katakan, aku rasa aman damai menjalankan ibadat. Sebulan sekali ada majlis baca Ya Sin. Kekadang ada ceramah agama. Ada kumpulan usrah.

Dalam 19 tahun tu, memang tekanan kerja ada.. bila tekanan tu datang, rasa nak cari kerja lain pun ada.. tapi bila fikir2 balik, tekanan kerja dari majikan yang memberi kebebasan beribadat taklah sehebat tekanan tak dibenarkan solat. Kalau tak solat, rasa tak halal jejak tanah.. amenda kaki dua yang tak jejak tanah? Hantu lah..

Tapi jangan salah guna kebebasan tu pulak.. nanti gaji tak berkat.. sebab kerja juga satu ibadah..

Over and out.