Maya Iris Blog Header

Monday, January 16, 2017

Di sebalik tabir Trilogi Fugitif

Bahagian 3: Fugitif



Dah Konspirasi Suami terbit, ada pembaca tak puas hati dgn endingnya pulak. Mereka nak pembalasan yang lebih teruk untuk orang-orang Konsortium. Eeee mengade lar korang nih! Hehehe.. Oklah.. saya ikut cakap pembaca. Saya sambung. Judul asal Cinta Most Wanted.

Cabaran Fugitif bukan semasa penulisannya. Plot dan konflik semua dah ada. Storyline dah mantap. Tulis pun laju aje.

Manuskrip sudah siap pada bulan Ogos 2015 lagi. Cabaran bermula. Dek ekonomi yang lembab, buku bukan barang keperluan. Dunia buku menjadi malap. Tambahan pula, penerbit MCC dan KS sudah menyerahkan hak penerbitan kepada saya. Saya terpaksa cari penerbit lain. Tapi, tak banyak penerbit yang sanggup terbitkan genre mix and match thriller-romantik setebal 450 muka surat.

Seperti yang dijangka, CMW ditolak oleh tiga penerbit. Sementara menantikan keputusan penerbit ke-4, saya minta Leanne Adam baca CMW. Sebenarnya saya segan dengan beliau. Saya pernah dengar tentang pengalaman dan ketelitian beliau sebagai editor. Lega apabila dia kata dia suka CMW. 
Akhirnya CMW diluluskan oleh penerbit ke-4. Ketika inilah tajuk bertukar menjadi FUGITIF. Tukar tagline, tukar blurb. Sudah hampir nak terbit pun. Sebagai penulis, saya hanya mahukan yang terbaik untuk pembaca. Tetapi bagi penerbit pula, apa yang saya mahu akan melibatkan kos tambahan. Jadi, kami agree to disagree. Penerbitan terbatal. Saya minta hak cipta karya, judul, tagline dan blurb dikembalikan kepada saya.
Walaupun akur dengan keputusan itu, tetaplah sakitnya tuh di sini. Mujur ketika itu bulan Ramadan. Saya lupakan trilogi sebentar. Tapi, ada ketikanya saya terfikir, MCC dan KS lupus, Fugitif susah nak terbit. Apakah ini tanda Allah nak suruh saya berhenti menulis? Beberapa bulan saya tak sentuh laptop. Pernah sekali saya rasa nak bungkus laptop dalam kotaknya semula.

Leanne banyak beri saya semangat. Tidak kira masa, bahunya menjadi tempat tadahan airmata secara virtual. Dia cadangkan terbit sendiri. Saya bangun semula walaupun masa itu masih menongkat dengan siku. Saya minta dia buat editing dan carikan designer. Dalam pada itu, saya ragu-ragu dengan terbit sendiri. Sebab saya mahu karya saya masuk kedai buku. Itu syarat utama saya. Dia bersetuju untuk carikan penerbit. Alhamdulillah.. beberapa bulan kemudian Chermin jadi literary agent saya dan Fugitif terbit di bawah Buku SO.

Konflik dalam Fugitif ialah pasangan suami isteri yang menjadi pelarian apabila diburu Konsortium. Bukan buruan fizikal tetapi melalui serangan ekonomi. Ceritanya dalam skala kecil. Tapi, mesej yang nak saya sampaikan ialah, cuba lihat masalah ini dalam skala besar. Jikalau negara kita dikenakan serangan ekonomi, apa yang kita sanggup korbankan? Ke mana kita mahu lari?

"Jangan terpisah. Selagi kita bersama, kita kuat."

Ini kata-kata Nur Sayang. Cuba aplikasikan pada tahap negara kita yang berbilang kaum. Atau pada skala besar, peringkat benua, seterusnya peringkat global. Ada mesej besar dalam karya ini.

Banyak keringat dan airmata di sebalik trilogi ini. Itu sebab ia sangat special bagi saya. Dan kerana itu pembacanya juga special di hati saya. Sehinggakan ada yang saya petik namanya dalam Fugitif. Yang tak kena petik tu, jangan merajuk..nanti saya petik pada karya akan datang, insya-Allah.

Berikut adalah antara rujukan ketika saya menulis Fugitif

Biografi Agung Rasulullah.Rusydi Ramli Al-Jauhari.Mustread, 2012.
Peribadi Nabi Anugerah Suci.Shiekh Abu Muhammad Tolha Al-Khairi.Thinker’s Library, 2009
Allah Doktorku Wahyu Ubat Penyakitku.Mukhlas Asy-Syarkani Al-Falahi.Telaga Biru Sdn Bhd, 2013.
Rasulullah is my Doctor, edisi Bahasa Melayu. Jerry D. Gray.PTS, 2013.
Deadly Mist, edisi Bahasa Melayu.Jerry D. Gray.PTS, 2013.
Quran Saintifik.Dr. Danial Zainal Abidin.PTS, 2007.
Rahsia Pembunuh Ekonomi Dunia, edisi Bahasa Melayu.John Perkins.PTS, 2011.

FUGITIF boleh didapati di kedai buku seluruh Malaysia. RM29 sahaja sebelum diskaun.

Bagaimana membuat Storyline menggunakan MS-Word

Saya seorang penulis yang tak reti tulis ikut turutan dari mukasurat 1 hingga TAMAT. Saya tulis ikut suka, bila ada idea untuk sesuatu babak. Mungkin di tengah. Mungkin ending.

Hari itu semasa di MPH, Tuan Shah Othman bertanya bagaimana saya tentukan flow jika saya menulis ke depan ke belakang ke tepi ke tengah. Saya jawab, perlu ada storyline template. Terutama karya thriller yang ceritanya banyak konflik, banyak situasi dan ada tanda tanya merata-rata yang hanya dijawab sikit-sikit dan kemudian ada twist pulak. Seperti trilogi FUGITIF saya itu.

Sebenarnya, ada cara yang paling senang untuk buat storyline menggunakan MS-Word. Hari ini saya bermurah hati nak bagi tutorial.

Gunalah function Heading seperti dalam gambar. Bila guna Heading, ia akan appear kat Navigation Pane. Bolehlah guna seberapa banyak level yang memang sudah disediakan oleh Bill Gates. Saya selalu guna 2 level saja, Heading 1 dan Heading 2.

Latihan 1: letak cursor pada perkataan Bab dan klik Heading 1. Ia akan automatik appear kat Navigation Pane.

Bila ada idea untuk sesuatu babak, contoh nak tulis babak ‘Helsa cuci bilik JZ’, klik pada babak itu pada Navigation Pane. Word akan bawa awak ke situ. Tak payahlah awak tercari-cari di antara 400 mukasurat yang awak dah tulis. Nak pindahkan sesuatu Bab atau babak pun drag saja di dalam Navigation Pane. Sebelum submit ke editor, buang text pada Heading 2 dan tinggalkan ***. Ia akan jadi pembahagi babak.
Latihan 2: letak cursor pada sesuatu babak dan klik Normal

Navigation Pane ini berfungsi sebagai storyline awak. Dari sinopsis kepada storyline kepada proposal. Boleh tambah Bab dan babak, bila perlu. Dan bila awak baca Navigation Pane, awak pasti sudah boleh nampak kalau ada rompong. Atau kalau awak memang sengaja nak buat sambungan, biarkan aje dia rompong. Hahaha.. Seperti trilogi FUGITIF saya itu.


Fugitif adalah contoh lengkap penggunaan Heading untuk membina storyline. Kalau awak nak lihat dengan lebih jelas bagaimana penggunaan Heading ini bertukar menjadi flow dalam karya, beli dan baca Fugitif. Pelaburan RM29 sahaja. Ilmu yang boleh digunakan sampai bila-bila.

Fugitif boleh didapati di kedai buku seluruh Malaysia.
Popular, MPH, SMO, Kedai Buku Banggol, Pustaka Aires, Pustaka Intan, Sahabat Anuur, Gallery Bookstore, Kinokuniya dan banyak lagi.