Maya Iris Blog Header

Monday, September 18, 2017

BUKAN RAHSIA LAGI

SINOPSIS

“Dia makin cantik, kan?”- Shamsul

Afif Izzat terpaku. Ya, dia masih cantik. Dia masih lagi Insyirah yang sama. Empat tahun lalu, itulah gadis yang menjadi pendampingnya. Gadis yang membawa kebahagiaan dalam hidupnya.

Dia tertunduk. Kerana wang hantaran, dia terpaksa memutuskan hubungan dengan Insyirah. Kerana menjaga satu hubungan, dia melupakan cintanya pada gadis itu. Dan, kerana melindungi hubungan itu juga, Afif Izzat hanya membawa kenangan indah bersamanya. Kenangan cinta Ain Insyirah!

“Kau masih tak jawab soalan aku. Kenapa korang break?”- Shamsul
“Ada perkara yang lebih penting untuk dipertahankan. Kalau hubungan aku dan Syirah diteruskan akan mengeruhkan keadaan” – Izzat

Namun kini, semuanya bagai baru bermula. Dia ditakdirkan bertemu dengan Insyirah untuk kali kedua. Kerana masih cinta, gadis itu bakal ditawan semula. Dia sanggup jadi apa sahaja agar dia dan Insyirah bersatu.

“Cuba awak fikirkan. Sebenarnya kita pasangan yang setia. Saya masih single. Awak masih single. Kalau kita tak setia, sudah tentu kita dah kahwin dengan orang lain.” - Izzat
“Terimalah hakikat, Izzat. Sebenarnya, empat tahun adalah satu jangka masa yang panjang. Saya dah move on. Saya dah ada somebody. Awak dah terlewat. Terlalu lewat.”- Insyirah

Mohsin yang hadir antara mereka merapuhkan sekeping hati. Kerana calitan luka lama belum sembuh, Insyirah memilih Mohsin dan Izzat sekali lagi menjauh. Tetapi apabila Izzat menyepi, Insyirah merindu.

Kenapa mesti ada rindu bila hati kata benci? Kenapa pula hati kata benci jika yang dirindu itu lelaki yang dicintai?

Bila semua tahu apa yang Izzat sembunyikan, ia bukan rahsia lagi! Izzat dan Insyirah. Bolehkah cinta mereka menyatu?

HARGA RM25(SM) DAN RM28(SS)