Penerbitan Anaasa ada membuat contest Review Sempena PBAKL 2016. Ini antara review Curahan Cinta Niagara Edisi Baru.
Dari Achik Niza >>
Aku dekat
Kau dekat
Syabas buat Penerbitan Anaasa kerana terbitnya semula .....
Buat akak Maya Iris Novelis
terima kasih kerana karya CURAHAN CINTA NIAGARA banyak info keagamaan
dlm novel ini adalah salah satu pilihan untuk peminat novel seperti
achik.......
Di sebabkan novel CCN banyak nilai2 yg dpt kita
pelajari......maka achik hadiah satu lg utk ank menakan yg sedang
belajar di New Zealand masa kini.....tak sia2 dia bawa CCN ke sana
.....skrg rakan serumah pula yg pinjam.....
Dari Fairuz Hidayah Ramli >>
Curahan Cinta Niagara edisi terbitan semula sebuah karya yang sarat dengan inspirasi dan nilai keagamaan yang tinggi.
Dua jejaka hadir dalam hidupnya, Faris dan Farhan. Kedua-duanya berjaya menakluki ruang hati Mira Zahila.
"Terimalah curahan cintaku yang tak akan berhenti".
Di kala ujian datang bertimpa-timpa Mira Zahila sentiasa terapi positif
diri dalam setiap kesulitan yang dilaluinya. Fikiran positif
menghasilkan yang positif.
Sabar , tabah dan redha itu sangat indah. Laluinya dengan penuh kesyukuran. Itulah warna-warni kehidupan.
Tahniah buat penulis Maya Iris Novelis dan Penerbitan Anaasa.
Dari Fariza Abu Bakar >>
Bismillah...
Secara jujur saya bukannya orang yang pakar dalam bab
review novel ni. Tambahan novel Curahan Cinta Niagara ini saya beli
hanya ianya pernah menjadi rare satu masa dahulu, kerana takut rare lg
saya beli. Hehehe.
Setelah membacanya pandangan saya berbeza, CCN
ada rarenya sendiri. Membacanya seperti membaca tazkirah ustazah yang
dibuat dalam penceritaan yang amat santai. Tahniah Maya Iris Novelis.
Rasa ingin tahu bab ke bab amat menebal terutama adanya prolog yang suspen.
Ada suka, sedih, suspen, menyampah, sweet juga terliur dalam CCN.
Konflik bukan orang ketiga tetapi perasaan masing-masing.
Tahniah sekali lagi pada novelisnya dan penerbitPenerbitan Anaasa kerana memberi peluang lebih ramai utk dapatkan novel yang rare ini.
Dari Ruziah Hashim >>
Karya Maya Iris yang diperbaharui dari segi olahan dan bahasa yang
lebih santai. Actually dah lama beli novel ini tetapi banyaknya novel
yang pending jadi terpaksa ikut turn (nampak benar merakus membeli
novel).
Kisah Mira seorang gadis kampung yang berjaya
melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Bercita-cita untuk menaikkan
taraf hidup keluarga di samping meringankan beban ibunya, Mira
mengetepikan perkara-perkara yang tidak bersangkut paut dengan
pelajaran. Pertemuan dengan Faris rakan sekuliahnya menghuru harakan
hidup Mira. Faris yang terkenal dengan masalah sosial kerana terlalu
dimanjakan oleh mamanya berusaha meraih cinta Mira walaupun berkali-kali
ditolak sehingga akhirnya Mira mengalah dan menerima Faris sebagai
kawan rapatnya.
Sesungguhnya hidayah itu diturunkan kepada insan
yang terpilih tanpa mengira bila dan di mana. Mira yang selama berada di
Amerika Syarikat lalai dengan kewajipan sebagai umat Islam akhirnya
kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Perkenalan dengan Kak Fisa
banyak menyedarkan Mira terutamanya tentang aurat dan pergaulan antara
lelaki dan perempuan. Faris yang tidak menyukai perubahan Mira, masih
cuba memikat Mira sehingga melamar Mira namun ditolak oleh Mira. Mira
cuba menjauhkan diri daripada Faris. Pertemuan di antara Mira dan
Farhan abang kepada Faris melahirkan rasa cinta pandang pertama di hati
Farhan namun demi adiknya Farhan sanggup beralah tetapi Farhan tetap
menasihati Mira akan perangai sebenar Faris.
Suatu hari terjadi
pertelingkahan antara Mira dan Faris kerana Faris gagal mengawal
nafsunya. Mira menghalau Faris keluar dari rumahnya. Faris yang marah,
memandu dalam keadaan salji yang tebal, gagal mengawal kenderaannya lalu
terbabit dalam kemalangan yang menyebabkannya lumpuh. Mira yang merasa
bersalah dan kasihankan Faris akhirnya mengambil keputusan mengahwini
Faris. Setelah tamat pengajian, mereka kembali ke Malaysia namun
kehadiran Mira ke dalam keluarga Faris tidak disukai mama Faris. Mama
Faris yang bencikan perempuan miskin dan bertudung kerana pernah
dimadukan oleh suaminya dengan perempuan yang bertudung.
Reda dengan
ketentuanNya, Mira berusaha menjadi isteri yang sempurna untuk Faris.
Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya...Perginya Faris menghadap ilahi
kerana dosa semalam membawa pergi bersama cintanya terhadap Mira yang
sentiasa tersemat di hati.
Sungguhlah kalau dah jodoh, tiada apa
yang dapat menghalang. Wasiat yang ditinggalkan Faris menemukan jodoh
Mira dan Farhan. Bagi Farhan, wasiat ini memudahkan cerita cintanya
terhadap Mira yang berputik sejak pertemuan pertama di air terjun
Niagara. Namun bagi Mira, ia merupakan satu lagi ujian yang diturunkan
Allah untuknya. Disangkakan panas sehingga ke petang rupanya hujan di
tengah hari. Farhan yang disangkakan dapat menjadi pelindung Mira,
rupanya masih sangsi akan sejarah hidup Mira. Semuanya gara-gara satu
ungkapan yang terdapat di dalam wasiat Faris dan sangsi Farhan terhadap
penyebab kematian Faris. Hati Mira sentiasa didera dan diuji oleh
Farhan. Namun Mira yang merupakan seorang wanita yang tabah dan kuat,
sekali lagi reda dengan jodoh yang ditentukanNya, berusaha memikat hati
suami dengan pelbagai cara...
Mampukah Farhan dan Mira mengecapi bahagia? Apakah yang terkandung dalam wasiat tersebut yg membuatkan gundah di hati Farhan?
Apakah punca sebenar kematian Faris?
Apakah cinta takkan kering seperti curahan air terjun Niagara atau sebaliknya?
Berjayakah mentera penguat hati Mira "Aku Dekat. Kau Dekat!" mengatasi segala kemelut?
Untuk mengetahui jawapan segala persoalan bolehlah dapatkan novel ini
di kedai-kedai buku, order online melalui Penerbitan Anaasa ataupun
boleh terjah booth Anaasa di pesta buku nanti. Kalau reveal semua tak
thrill lah nak baca nanti kan....
Pada saya karya ini diolah
dengan baik dan plot yang tersusun. Saya tidak berkesempatan membaca
versi yang terdahulu, tetapi versi ini telah berjaya menarik minat saya
untuk meneruskan pembacaan tanpa henti. Walaupun karya ini tidak
dihujani dengan kisah sweet mweet namun ianya dipenuhi dengan informasi
dan pengajaran. Penulis berjaya mengetengahkan isu-isu dan cara-cara
untuk menjayakan sesebuah institusi perkahwinan (sesuai untuk yang baru
bernikah dan bakal mendirikan rumahtangga). Semuanya berpandukan ajaran
agama. Sesungguhnya reda akan ketentuanNya merupakan tunjang untuk
memastikan sesebuah perkahwinan itu berjaya. Komunikasi di antara suami
dan isteri itu penting di samping sifat saling faham-memahami dan saling
percaya-mempercayai (sekurang2nya 95%). Hanya cinta terhadap Allah swt
yang akan kekal abadi.
Tahniah Maya Iris untuk karya yang baik dan
berinformasi ini. Semoga terus menghasilkan karya-karya yang bermutu.
Terima kasih Penerbitan Anaasa untuk terbitan semula karya ini. 4/5
bintang untuk karya ini
Dari Nurfee MY >>

Monday, April 11, 2016
Monday, June 8, 2015
Buku baru - Konspirasi Suami
Aduhai..lama sungguh tak update blog.. sampai password lupa.. sampai lupa camne nak buat posting.. Spiderman pun dah bermaharajalela buat sawang..
Okey.. ni nak warm up sikit..
Ada novel baru Maya Iris.. KONSPIRASI SUAMI.. suka sangat dengan cover.. nampak macho.. hehehe..
Kalau posting ni keluar, maknanya berjaya update bloglah tu.. hehehe..

Sunday, January 8, 2012
Babak Favorite Penulis: Curahan Cinta Niagara
Ini babak favorite saya dalam Curahan Cinta Niagara. Saya tersenyum semasa menulisnya, saya tersenyum bila sudah jadi buku, dan saya tersenyum bila membacanya. Para pembaca, jangan ikut cara Mira. Jangan terjun tingkap tau.. Bahaya...
Anyway, enjoy!
Sementara para hadirin sedang berdoa untuk roh arwah ayah dan arwah suaminya, Mira duduk termenung di atas sebuah bangku di bawah sebatang pohon rambutan. Sebentar tadi, dia cuba melarikan diri ketika majlis pertunangannya sedang dijalankan. Tapi dia terhenti separuh jalan kerana terasa kakinya seperti dirantai, menghalangnya dari pergi lebih jauh lagi.
Dia terkenangkan kata-kata Faris. ‘Mira, kalau ditakdirkan awak tak jadi isteri saya, saya akan pastikan awak dapat suami yang boleh membahagiakan awak, lebih dari saya boleh membahagiakan awak. Ini janji Faris.’ Itulah janji Faris semasa di New Paltz. ‘Faris mahu kedua-dua orang yang Faris sayang bahagia bersama.’ Itu pula kemahuan Faris di dalam suratnya.
“Betul ke saya boleh bahagia dengan abang awak, Faris?” kata Mira perlahan disertai dengan perasaan curiga. “Ya Allah, jika Farhan benar-benar jodohku, berilah petunjuk kepadaku,” Mira berdoa dengan setulus hatinya. Dia memerlukan satu tanda dari Allah, sebagaimana Allah telah memberinya tanda ketika dia mendapat hidayah untuk bertudung semula.
Ketika itu juga Farhan yang entah dari mana datangnya, melangkah dengan bersahaja ke arah Mira. Tanpa menunggu pelawaan dari Mira, Farhan mengambil tempat duduk di sebelah Mira. Mira mengalih duduknya agar tidak terlalu rapat dengan Farhan. Farhan menjeling jari-jemari Mira yang kosong. Tidak terdapat cincin di jari manis yang sepatutnya tersarung cincin pertunangan darinya. Dia dapat mengagak Mira telah melarikan diri sebelum upacara menyarung cincin.
Mira tidak memandang Farhan, sebaliknya hanya memandang ke hadapan. Farhan juga turut memandang ke arah yang di pandang oleh Mira. Lama mereka duduk dalam keadaan begitu.
“Farhan, kenapa awak nak kahwin dengan saya?” Mira memecah kesunyian. Mata Mira masih memandang ke hadapan menanti jawapan.
Begitu juga Farhan. Merenung jauh. Adakah ini masa yang sesuai untuk memberitahu Mira akan perasaannya? Adakah terlalu awal? Adakah jawapan yang tulus ikhlas darinya akan membuat Mira terkejut dan lari semakin jauh darinya? Berbagai-bagai soalan bermain di mindanya. “Sebab Farhan sayangkan M.. my brother.” Hampir sahaja dia tersebut nama Mira. Dia menjeling kepada Mira, ingin tahu samada Mira perasan ketika dia hampir tersasul tadi. Apabila tiada reaksi dari Mira, dia memandang ke hadapan semula.
“Tapi, saya taknak kahwin dengan awak.”
“Kenapa?” Tanya Farhan tanpa menoleh kepada Mira.
“Saya belum bersedia untuk berkahwin lagi. Saya tak yakin kita akan bahagia. Cara hidup kita berbeza, Farhan.” Mira menoleh ke arah Farhan.
Farhan sempat merenung anak mata Mira dan menyelami ke dasar hati. Dia mencari kalau-kalau namanya terpahat di situ. Apa yang dicarinya tiada di situ. Mira melarikan matanya. Rahang Farhan bergerak-gerak, mengawal perasaannya. Pertama kali dalam hidupnya dia merasa betapa payahnya memikat hati seorang perempuan. Selama ini hanya perempuan yang selalu cuba memikatnya.
“Tapi, kita boleh cuba.” Jawab Farhan. Mira menoleh ke arah Farhan sekali lagi.
“Kenapa orang suka cakap kita boleh cuba dengan perkahwinan? Bagi saya, tiada cuba-cuba dalam perkahwinan. Perkahwinan adalah untuk seumur hidup. Jadi, kalau rasa-rasa takkan bahagia dengan perkahwinan itu, baik batalkan sebelum berkahwin. Itu lebih baik daripada bercerai-berai apabila perkahwinan itu sudah tidak bahagia lagi.” Mira mengulangi kata-kata yang pernah dilafazkan ketika ibunya menyuruh dia cuba dulu.
“Macamana Mira sampai ke sini?” Tiba-tiba Farhan menukar topik. Dia perlu menggunakan taktik lain untuk melembutkan hati Mira. Dia tidak mahu bertegang leher dengan Mira di bawah pohon rambutan itu, sementara ramai tetamu masih menunggu di rumah Mira.
“Saya terjun tingkap,” jawab Mira spontan.
Farhan memandang Mira dari hujung kaki hingga ke hujung kepala. Dia cuba bayangkan Mira yang sedang berbaju kurung dan bertudung lace dengan manik-manik yang bergemerlapan terjun dari tingkap. “Terjun dengan baju tu?” Tanya Farhan sambil tersenyum.
“Emm hmm,” jawab Mira membalas senyuman Farhan. Dia juga rasa gelihati mengenangkan bagaimana dia sanggup terjun dari tingkap dengan berpakaian begitu. Mujur kainnya tidak terkoyak ketika tersangkut di bingkai tingkap.
“Dah biasa buat?” Tanya Farhan lagi.
“Biasa buat apa?” Tanya Mira kehairanan.
“Terjun tingkap,” jawab Farhan dengan wajah yang cuba menahan ketawa. Dari pengamatan sepintas lalu, Farhan berpendapat Mira seorang yang kelakar. Mungkin sebelum ini Mira tidak ada peluang untuk menunjukkan sifat kelakar itu kerana situasi tidak mengizinkan.
“Masa kecik-kecik selalu,” jawab Mira selamba.
“Masa kecik-kecik, terjun tingkap kenapa?”
“Mak tak bagi keluar sebab tak siapkan homework. Tapi kawan dah ajak main.” Kali ini dia memandang Farhan dengan senyuman terukir.
“Oh.. mak tak marah ke?” Farhan mengangkat keningnya sedikit.
“Kalau dia dapat tahu, mesti dia marah. Tapi selalunya, saya balik sebelum dia perasan.” Senyuman Mira semakin melebar teringat kenakalannya semasa kecil.
“Kali ni, rasanya dia marah tak?” Tanya Farhan lembut.
“Mestilah marah.” Mira teringat leteran ibunya jika dia melakukan kesalahan. Jika ibunya marah, pasti panjang leteran ibunya.
“Agaknya dia dah perasan ke?”
“Tak tau.” Mira menjungkitkan bahunya sedikit. Hati kecilnya dapat rasakan, pasti dia akan dileteri oleh ibunya. Masakan ibunya tidak perasan dia hilang dari majlis pertunangannya.
“Let’s find out.. jom kita balik,” Farhan mengajak dengan lembut.
Anyway, enjoy!
Sementara para hadirin sedang berdoa untuk roh arwah ayah dan arwah suaminya, Mira duduk termenung di atas sebuah bangku di bawah sebatang pohon rambutan. Sebentar tadi, dia cuba melarikan diri ketika majlis pertunangannya sedang dijalankan. Tapi dia terhenti separuh jalan kerana terasa kakinya seperti dirantai, menghalangnya dari pergi lebih jauh lagi.Dia terkenangkan kata-kata Faris. ‘Mira, kalau ditakdirkan awak tak jadi isteri saya, saya akan pastikan awak dapat suami yang boleh membahagiakan awak, lebih dari saya boleh membahagiakan awak. Ini janji Faris.’ Itulah janji Faris semasa di New Paltz. ‘Faris mahu kedua-dua orang yang Faris sayang bahagia bersama.’ Itu pula kemahuan Faris di dalam suratnya.
“Betul ke saya boleh bahagia dengan abang awak, Faris?” kata Mira perlahan disertai dengan perasaan curiga. “Ya Allah, jika Farhan benar-benar jodohku, berilah petunjuk kepadaku,” Mira berdoa dengan setulus hatinya. Dia memerlukan satu tanda dari Allah, sebagaimana Allah telah memberinya tanda ketika dia mendapat hidayah untuk bertudung semula.
Ketika itu juga Farhan yang entah dari mana datangnya, melangkah dengan bersahaja ke arah Mira. Tanpa menunggu pelawaan dari Mira, Farhan mengambil tempat duduk di sebelah Mira. Mira mengalih duduknya agar tidak terlalu rapat dengan Farhan. Farhan menjeling jari-jemari Mira yang kosong. Tidak terdapat cincin di jari manis yang sepatutnya tersarung cincin pertunangan darinya. Dia dapat mengagak Mira telah melarikan diri sebelum upacara menyarung cincin.
Mira tidak memandang Farhan, sebaliknya hanya memandang ke hadapan. Farhan juga turut memandang ke arah yang di pandang oleh Mira. Lama mereka duduk dalam keadaan begitu.
“Farhan, kenapa awak nak kahwin dengan saya?” Mira memecah kesunyian. Mata Mira masih memandang ke hadapan menanti jawapan.
Begitu juga Farhan. Merenung jauh. Adakah ini masa yang sesuai untuk memberitahu Mira akan perasaannya? Adakah terlalu awal? Adakah jawapan yang tulus ikhlas darinya akan membuat Mira terkejut dan lari semakin jauh darinya? Berbagai-bagai soalan bermain di mindanya. “Sebab Farhan sayangkan M.. my brother.” Hampir sahaja dia tersebut nama Mira. Dia menjeling kepada Mira, ingin tahu samada Mira perasan ketika dia hampir tersasul tadi. Apabila tiada reaksi dari Mira, dia memandang ke hadapan semula.
“Tapi, saya taknak kahwin dengan awak.”
“Kenapa?” Tanya Farhan tanpa menoleh kepada Mira.
“Saya belum bersedia untuk berkahwin lagi. Saya tak yakin kita akan bahagia. Cara hidup kita berbeza, Farhan.” Mira menoleh ke arah Farhan.
Farhan sempat merenung anak mata Mira dan menyelami ke dasar hati. Dia mencari kalau-kalau namanya terpahat di situ. Apa yang dicarinya tiada di situ. Mira melarikan matanya. Rahang Farhan bergerak-gerak, mengawal perasaannya. Pertama kali dalam hidupnya dia merasa betapa payahnya memikat hati seorang perempuan. Selama ini hanya perempuan yang selalu cuba memikatnya.
“Tapi, kita boleh cuba.” Jawab Farhan. Mira menoleh ke arah Farhan sekali lagi.
“Kenapa orang suka cakap kita boleh cuba dengan perkahwinan? Bagi saya, tiada cuba-cuba dalam perkahwinan. Perkahwinan adalah untuk seumur hidup. Jadi, kalau rasa-rasa takkan bahagia dengan perkahwinan itu, baik batalkan sebelum berkahwin. Itu lebih baik daripada bercerai-berai apabila perkahwinan itu sudah tidak bahagia lagi.” Mira mengulangi kata-kata yang pernah dilafazkan ketika ibunya menyuruh dia cuba dulu.
“Macamana Mira sampai ke sini?” Tiba-tiba Farhan menukar topik. Dia perlu menggunakan taktik lain untuk melembutkan hati Mira. Dia tidak mahu bertegang leher dengan Mira di bawah pohon rambutan itu, sementara ramai tetamu masih menunggu di rumah Mira.
“Saya terjun tingkap,” jawab Mira spontan.
Farhan memandang Mira dari hujung kaki hingga ke hujung kepala. Dia cuba bayangkan Mira yang sedang berbaju kurung dan bertudung lace dengan manik-manik yang bergemerlapan terjun dari tingkap. “Terjun dengan baju tu?” Tanya Farhan sambil tersenyum.
“Emm hmm,” jawab Mira membalas senyuman Farhan. Dia juga rasa gelihati mengenangkan bagaimana dia sanggup terjun dari tingkap dengan berpakaian begitu. Mujur kainnya tidak terkoyak ketika tersangkut di bingkai tingkap.
“Dah biasa buat?” Tanya Farhan lagi.
“Biasa buat apa?” Tanya Mira kehairanan.
“Terjun tingkap,” jawab Farhan dengan wajah yang cuba menahan ketawa. Dari pengamatan sepintas lalu, Farhan berpendapat Mira seorang yang kelakar. Mungkin sebelum ini Mira tidak ada peluang untuk menunjukkan sifat kelakar itu kerana situasi tidak mengizinkan.
“Masa kecik-kecik selalu,” jawab Mira selamba.
“Masa kecik-kecik, terjun tingkap kenapa?”
“Mak tak bagi keluar sebab tak siapkan homework. Tapi kawan dah ajak main.” Kali ini dia memandang Farhan dengan senyuman terukir.
“Oh.. mak tak marah ke?” Farhan mengangkat keningnya sedikit.
“Kalau dia dapat tahu, mesti dia marah. Tapi selalunya, saya balik sebelum dia perasan.” Senyuman Mira semakin melebar teringat kenakalannya semasa kecil.
“Kali ni, rasanya dia marah tak?” Tanya Farhan lembut.
“Mestilah marah.” Mira teringat leteran ibunya jika dia melakukan kesalahan. Jika ibunya marah, pasti panjang leteran ibunya.
“Agaknya dia dah perasan ke?”
“Tak tau.” Mira menjungkitkan bahunya sedikit. Hati kecilnya dapat rasakan, pasti dia akan dileteri oleh ibunya. Masakan ibunya tidak perasan dia hilang dari majlis pertunangannya.
“Let’s find out.. jom kita balik,” Farhan mengajak dengan lembut.
Friday, December 2, 2011
Mahar Cinta Cinderella diulangcetak
Assalamu'alaikum,
Setelah berminggu-minggu diberitahu MCC sudah diulangcetak tapi masih belum masuk gudang, akhirnya MCC masuk gudang juga. Memang selama minggu-minggu itu, saya mengalami perasaan yang bercampur-baur. Stok MCC sudah habis, pembaca sudah bertanya bila mereka boleh dapatkan MCC yang ada otograf khas.
Sambil2 itu, sila baca review MCC dari seorang pembaca..
Cik Khaulah, jika awak baca post ini, saya harap awak tak marah saya linkkan review awak di sini.
Wednesday, November 2, 2011
Mahar Cinta Cinderella Naik Carta
Salam,
Bulan lepas Mahar Cinta Cinderella berada pada kedudukan no. 3 dalam Carta Novel Dewasa Terlaris PTS bagi bulan September. Bagi bulan November, Mahar Cinta Cinderella naik satu tangga ke kedudukan no. 2. Adakah MCC akan naik ke kedudukan pertama bulan Disember? Semua terpulang pada para pembaca yang masih menyokong saya. Terima kasih diucapkan pada semua. Bagi yang belum baca MCC, buku ini dikategorikan sebagai buku susah letak..
Wednesday, October 12, 2011
Mahar Cinta Cinderella Semanis Kurma
Assalamu'alaikum,
Hari ini pejabatku didatangi oleh tetamu terhormat Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah dan suaminya Ustaz Wan Akashah. Rakan-rakan pejabat begitu teruja mahu mendengar ceramah mereka berdua yang bertajuk Keluarga Syurgawi. Dalam ceramah diberikan tip-tip agar mencapai keluarga bahagia yang membawa seisi keluarga ke syurga. Aku mengambil kesempatan mempromosi novel Mahar Cinta Cinderella kepada Ustazah. Rupa-rupanya Ustazah juga berminat membaca novel. Semoga Ustazah menjadikan Mahar Cinta Cinderella sebagai satu novel favorite.
Thursday, October 6, 2011
Mahar Cinta Cinderella No. 3 Terlaris
Salam.
Pagi-pagi kelmarin aku melayari internet. Memang kebiasaannya aku akan menyinggah ke website PTS. Nah! Terkejut juga apabila melihat Mahar Cinta Cinderella menduduki tempat ketiga dalam carta terlaris bulan September bagi kategori Novel Dewasa. Mahar Cinta Cinderella baru saja diterbitkan pada bulan Ogos, bulan September sudah masuk carta. Alhamdulillah, aku tidak berhenti mengucapkan syukur sepanjang hari.
Hari ini pula, seorang editor di PTS mengatakan novel itu sudah kehabisan stok di gudang. Perasaanku? Terasa seperti dalam hati ada blink-blink...
Subscribe to:
Posts (Atom)