Maya Iris Blog Header

Tuesday, December 20, 2016

Di sebalik tabir Trilogi Fugitif

Bahagian 1: Mahar Cinta Cinderella




Pertamanya, abaikan cover MCC yang blink-blink tu. Itulah trendnya masa tahun 2011, kot. Lagipun, tajuknya ala-ala fairy tales gitu.. jadi cover pun ala-ala tu jugak la..

Bab 36 ialah bab yang pertama saya tulis untuk MCC. Ya.. bukan Bab 1. Bab 36 tentang kisah Nur Sayang terperangkap dalam revolusi Mesir itu berdasarkan pengalaman benar. Ketika itu, segolongan rakyat Mesir mahu menjatuhkan Presiden. Anak saya baru saja 1 tahun berada di situ. Semua pengalaman anak saya, saya nukilkan dalam Bab 36. Melihat orang ramai merusuh, ada yang membawa parang, sistem telekomunikasi terputus, sistem perbankan dihentikan, terkurung dalam rumah, menunggu giliran utk dibawa pulang ke Malaysia dalam Ops Piramid, berhimpit menaiki pesawat Charlie yang tidak ada kerusi, menunggu giliran di Jeddah.

Dialog dalam babak itu adalah dialog sebenar antara saya dan anak saya apabila kami berjaya berhubung semula melalui telefon.  Perasaan Qamarain adalah perasaan saya ketika itu. Bayangkan hati seorang ibu yang mahu bawa anaknya keluar dari kawasan yang bergolak, tetapi penerbangan keluar-masuk Mesir telah disekat. Bila anak mengatakan dia kena ikut giliran untuk dibawa pulang, tapi tidak diberitahu bila. Semua itu buat jiwa ibu bapa jadi kacau. Tambahan pula berita yang boleh didapati hanyalah apa yang disiarkan di kaca tv dan apa yang diberitahu oleh Wisma Putra. Bersyukurlah, kita tak pernah alami kekacauan seperti itu di Malaysia. Tak tidur malam dibuatnya..

Dari Bab 36, saya kembangkan depan belakang kiri kanan tengah. Jadilah satu buku yang ada banyak lagi kisah benar.

Kisah Ayala yang menghidapi Cystic Hygroma pula ditulis berdasarkan anak bongsu saya yang dilahirkan dengan ketumbuhan itu. Ubat yang dikehendaki oleh Dr. Ehsan untuk merawat Ayala adalah nama ubat sebenar. Umur yang paling awal untuk dapatkan rawatan itu adalah 6 bulan. Setiap kali demam, sista itu akan membengkak dan sakit. Jadi, selama 6 bulan itu, saya terpaksa menghadapi soalan dari orang yang ternampak ketumbuhan itu. Kekadang timbul bosan dan geram dengan soalan-soalan yang mmmm.. tahu-tahu sendirilah..

Kisah Qamarain menghadapi masalah rumahtangga kerana mandul, bagaimana dia dibenci ibu mertua, suami kahwin lain, madunya serang baling pinggan mangkuk dan suami yang tak adil adalah kisah benar seorang kawan yang mahu kisahnya dibukukan. Tapi, banyak babak yang dicantas editor kerana realitinya tak sesuai untuk dibaca.

Tang mana Cinderella-nya? Ini tentang Cinderella moden. Ala.. omputih pun selalu memodenkan Cinderella mereka, kan.

Nur Sayang? Saya ada terangkan kenapa namanya Nur Sayang dalam Fugitif.

Dr. Ehsan? Dia gabungan beberapa orang doktor yang saya pernah jumpa.

Inilah permulaannya kenapa trilogi Fugitif ini sangat special bagi saya. Bagi yang sudah baca MCC, terima kasih saya ucapkan. Dengan sokongan anda, MCC berjaya ke cetakan ke-3 ditambah dengan 1 cetakan cover baru.


MCC pernah menjadi Pilihan Popular dan keluar suratkabar pun. Alhamdulillah.


2 comments:

  1. Masa saya beli novel ini saya tertarik dengan tajuknya dan juga sinopsisnya.. Covernya pula membuatkan saya rasa macam sedang memandang dua buah novel yang berlainan.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. tapi ada orang anggap terlalu suwit kot.. hehehe.. saya suka sebab ada blink2 dan timbul

      Delete