SINOPSIS
“Dia makin cantik, kan?”- Shamsul
Afif Izzat terpaku. Ya, dia masih cantik. Dia masih lagi Insyirah yang
sama. Empat tahun lalu, itulah gadis yang menjadi pendampingnya. Gadis
yang membawa kebahagiaan dalam hidupnya.
Dia tertunduk. Kerana wang hantaran, dia terpaksa memutuskan hubungan
dengan Insyirah. Kerana menjaga satu hubungan, dia melupakan cintanya
pada gadis itu. Dan, kerana melindungi hubungan itu juga, Afif Izzat
hanya membawa kenangan indah bersamanya. Kenangan cinta Ain Insyirah!
“Kau masih tak jawab soalan aku. Kenapa korang break?”- Shamsul
“Ada perkara yang lebih penting untuk dipertahankan. Kalau hubungan aku dan Syirah diteruskan akan mengeruhkan keadaan” – Izzat
Namun kini, semuanya bagai baru bermula. Dia ditakdirkan bertemu dengan
Insyirah untuk kali kedua. Kerana masih cinta, gadis itu bakal ditawan
semula. Dia sanggup jadi apa sahaja agar dia dan Insyirah bersatu.
“Cuba awak fikirkan. Sebenarnya kita pasangan yang setia. Saya masih
single. Awak masih single. Kalau kita tak setia, sudah tentu kita dah
kahwin dengan orang lain.” - Izzat
“Terimalah hakikat, Izzat.
Sebenarnya, empat tahun adalah satu jangka masa yang panjang. Saya dah
move on. Saya dah ada somebody. Awak dah terlewat. Terlalu lewat.”-
Insyirah
Mohsin yang hadir antara mereka merapuhkan sekeping
hati. Kerana calitan luka lama belum sembuh, Insyirah memilih Mohsin dan
Izzat sekali lagi menjauh. Tetapi apabila Izzat menyepi, Insyirah
merindu.
Kenapa mesti ada rindu bila hati kata benci? Kenapa pula hati kata benci jika yang dirindu itu lelaki yang dicintai?
Bila semua tahu apa yang Izzat sembunyikan, ia bukan rahsia lagi! Izzat dan Insyirah. Bolehkah cinta mereka menyatu?
HARGA RM25(SM) DAN RM28(SS)
Monday, September 18, 2017
Sunday, May 28, 2017
FAQ FUGITIF
Selepas saya terima beberapa review Fugitif, saya terfikir nak buat
FAQ ini. Sebab ada review yang buat saya senyum dari telinga ke telinga.
Ada komen yang buat saya.. hmm.. mungkin sudah tiba masanya saya berhenti menulis, kot.
Satu masalah tentang Fugitif ialah ramai yang tak tahu ia adalah bahagian ketiga trilogi. Jadi, pembaca baharu tak kenal watak. Sedih, kan?
Berbalik kepada FAQ.
1. Bolehkah baca Fugitif tanpa baca Mahar Cinta Cinderella dan Konspirasi Suami
Saya tulis setiap satu supaya ia standalone. Terus-terang saya katakan, marketing dan promosi untuk trilogi adalah sangat susah apabila ketiga-tiganya diterbitkan oleh penerbit yang berlainan.Paling ideal ialah baca dari bahagian pertama. Tapi ada juga pembaca yang terus baca Fugitif dan menyukainya. Ada yang lost. Ada juga yang give-up separuh jalan. Nasihat saya, kalau dah ter-miss bahagian 1 dan 2, seeloknya anggap Fugitif itu cerita baru. Jangan ingat langsung pasal part 1 dan 2. Jangan jadikan tak baca part 1 and 2 sebagai mental block. Baca Fugitif sampai habis. Semua jawapan ada di akhir cerita.
2. Kenapa Nur Sayang gedik sangat?
Nur Sayang mengalami kecelaruan fikiran dalam Mahar Cinta Cinderella. Dalam Konspirasi Suami, dia diculik dan disiksa oleh Zionis. Kemudian terpaksa menyaksikan sendiri suaminya pula disiksa oleh Zionis. Ketika itu dia sedang hamil. Bukan preggie biasa macam kita-kita ni. Bila kita pregnant, cabaran kita hanyalah morning sickness dan gula naik, tapi Nur Sayang jadi mangsa pertubuhan dunia, kut. Secara realistiknya, emosi tentu akan terganggu. Trauma boleh merubah karektor seseorang. Bagaimana orang sekeliling membantunya. Kalau watak dalam novel pun sudah menjengkelkan, bagaimana pula kalau ia berlaku dengan orang tersayang? Apakah kita ada kesabaran untuk menanganinya seperti Dr. Ehsan?
3. Kenapa cepat sangat matikan Dr. Stein?
Dr. Stein ialah orang kuat Konsortium yang kerjanya merancang penaklukan dunia agar menjadi penyembah Dajjal. Dia memegang watak jahat utama dalam Konspirasi Suami. Saya matikan dia cepat dan menggantikan dengan Sanderson untuk menggambarkan betapa besar keahlian Konsortium. Apabila orang kuatnya mati, dengan mudah dan cepat mereka boleh dapatkan pengganti. Semua rancangan mereka tidak tergendala sedikit pun.
4. Kenapa Konsortium tak dapat dikalahkan?
Antagonis no. 1 dalam trilogi ini ialah Dajjal. Pengikut Dajjal sangat ramai, sehinggakan umat Islam disaran lari ke gunung mencari perlindungan. Kalau dengar Dajjal datang, jangan berani nak berhadapan dengannya. Sebab lelaki yang paling kuat imannya pun akan terpesong menjadi pengikut. Ini semua ada dalam hadis.
Rasullullah bersabda "Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan
sengaja sudah menempah tempat di neraka". Rasulullah bersabda lagi,
Nabi Isa a.s. yang akan mengalahkan dan membunuh Dajjal. Nabi Isa a.s, tau! Bukan Dr.
Ehsan. Bukan Maya Iris.
Cara dan di mana Dajjal dibunuh pun ada dalam
hadis. Jadi, janganlah kecam saya apabila Dr. Ehsan
tidak dapat kalahkan Konsortium single-handedly ala-ala filem Hollywood. Itu mengarut saja dan propaganda western supremacy.. hahaha
5. Kenapa tulis pasal Dajjal?
Banyak hadis tentang Dajjal dan akhir zaman. Tapi dalam buku non-fiction, dalam buku agama. Saya masukkan sikit dalam bentuk fiksyen supaya orang yang suka baca novel dapat kutip sedikit ilmu daripadanya.
6. Fasa Baharu tu wujud ke?
Wallahu'alam. Tapi saya tulis berdasarkan hadis Rasulullah yang menyarankan umat Islam lari ke gunung untuk berlindung dari Dajjal. Teknologi yang ada dalam Fasa Baharu bukan teknologi baru. Ada yang sudah wujud. Ada yang masih dalam penyelidikan dan pembangunan.
7. Kenapa Fugitif tidak seberat Konspirasi Suami?
Konspirasi Suami diterbitkan oleh PTS. Mereka ada pakar rujuk yang
terdiri dari pelbagai bidang. Saya boleh tulis berat-berat tanpa rasa
bimbang tertulis fakta dan hadis yang salah kerana editornya akan rujuk
kepada pakar.
Ketika saya tulis Fugitif, masa tu dalam 100 pgs, saya diberitahu
Konspirasi Suami tidak akan disambung penerbitannya. Jadi, saya perlu
cari penerbit lain. Lain penerbit, lain style. Ada yang tak mahu berat
sangat. Ada yang tak mahu panjang sangat. Manuskrip Fugitif yang asalnya
450 pgs ditolak oleh 4 penerbit. Buku SO sudi terbit dengan syarat
jadikan ia 350 pgs. Jadi, banyaklah yang kena cantas. Itupun dah habis
cantas jadi 370 pgs. Dalam laptop saya ni ada berbagai versi: versi
panjang, versi pendek, versi ringan, versi berat.
8. Apa mesej utama dalam Fugitif?
Apa sahaja boleh berlaku apabila Konsortium menyerang. Nur Sayang medical student. Dr. Ehsan medical doctor. Tak pernah pegang senjata kecuali pisau bedah, kut. Dia dan Nur Sayang survive sebab mereka tidak terpisah, walaupun jatuh miskin. Memang Fugitif tak banyak aksi, sebab fokusnya hubungan mereka berdua.
Mesej yang saya nak
sampaikan ialah bayangkan kalau negara kita dikenakan serangan ekonomi.
Begitulah keadaan kita. Menjadi miskin. Kita tak ada kuasa melawan sebab
kita bukan negara tentera. Negara kita kecil. Tapi, kita akan jadi kuat
apabila kita bersatu-padu. Betul, tak?
9. Senang ke tulis trilogi?
Tak senang. Sebab bila nak tulis cerita yang bersambung-sambung, kenalah fikir ceritanya jangan klise. Itulah sebab saya tak belasah Dr. Ehsan dan Nur Sayang dalam Fugitif. Dr. Ehsan dah kena belasah dalam Mahar Cinta Cinderella. Dia dan Nur Sayang kena belasah dalam Konspirasi Suami. Kalau saya belasah mereka berdua dalam Fugitif, tentu akan ada pembaca yang kata saya ni asyik belasah hero dan heroin saja. so klise! Itulah sebabnya mood MCC, KS dan Fugitif berlainan. Tahap beratnya pun lain.

Nah! Dah dapat jawapan. Tak berminat nak dapatkan Fugitif ke?
Fugitif akan disambung dengan novel berjudul ARTIFAK. Jangan kata tak sempat baca Fugitif bila Artifak dah keluar pulak.
Monday, January 16, 2017
Di sebalik tabir Trilogi Fugitif
Bahagian 3: Fugitif
Dah
Konspirasi Suami terbit, ada pembaca tak puas hati dgn endingnya pulak.
Mereka nak pembalasan yang lebih teruk untuk orang-orang Konsortium.
Eeee mengade lar korang nih! Hehehe.. Oklah.. saya ikut cakap pembaca.
Saya sambung. Judul asal Cinta Most Wanted.
Cabaran Fugitif bukan semasa penulisannya. Plot dan konflik semua dah ada. Storyline dah mantap. Tulis pun laju aje.
Manuskrip sudah siap pada bulan Ogos 2015 lagi.
Cabaran bermula. Dek ekonomi yang lembab, buku
bukan barang keperluan. Dunia buku menjadi malap. Tambahan pula,
penerbit MCC dan KS sudah menyerahkan hak penerbitan kepada saya. Saya
terpaksa cari penerbit
lain. Tapi, tak banyak penerbit yang sanggup terbitkan genre mix and
match thriller-romantik setebal 450 muka surat.
Seperti yang dijangka, CMW ditolak oleh tiga penerbit. Sementara
menantikan keputusan penerbit ke-4, saya minta Leanne Adam baca CMW.
Sebenarnya saya segan dengan beliau. Saya pernah dengar tentang
pengalaman dan ketelitian beliau sebagai editor. Lega apabila dia kata
dia
suka CMW.
Akhirnya CMW diluluskan oleh penerbit ke-4.
Ketika inilah tajuk bertukar menjadi FUGITIF. Tukar tagline, tukar
blurb. Sudah hampir nak terbit pun. Sebagai penulis, saya hanya mahukan
yang terbaik untuk pembaca. Tetapi bagi penerbit pula, apa yang saya
mahu akan melibatkan kos tambahan. Jadi, kami agree to disagree.
Penerbitan terbatal. Saya minta hak cipta karya, judul, tagline
dan blurb dikembalikan kepada saya.
Walaupun akur dengan keputusan itu, tetaplah sakitnya tuh di sini. Mujur ketika itu bulan Ramadan. Saya
lupakan trilogi sebentar. Tapi, ada ketikanya saya terfikir, MCC dan KS lupus, Fugitif susah nak terbit.
Apakah ini tanda Allah nak suruh saya berhenti menulis? Beberapa bulan
saya tak sentuh laptop. Pernah sekali saya rasa nak bungkus laptop
dalam kotaknya semula.
Leanne banyak beri saya
semangat. Tidak kira masa, bahunya menjadi tempat tadahan airmata secara virtual. Dia
cadangkan terbit sendiri. Saya bangun
semula walaupun masa itu masih menongkat dengan siku. Saya minta dia buat
editing dan carikan designer. Dalam pada itu, saya ragu-ragu dengan
terbit sendiri. Sebab saya mahu karya saya masuk kedai buku. Itu syarat
utama saya. Dia bersetuju untuk carikan penerbit. Alhamdulillah.. beberapa bulan kemudian Chermin jadi
literary agent saya dan Fugitif terbit di bawah Buku SO.
Konflik
dalam Fugitif ialah pasangan suami isteri yang menjadi pelarian apabila
diburu Konsortium. Bukan buruan fizikal tetapi melalui serangan
ekonomi. Ceritanya dalam skala kecil. Tapi, mesej yang nak saya
sampaikan ialah, cuba lihat masalah ini dalam skala besar. Jikalau
negara kita dikenakan serangan ekonomi, apa yang kita sanggup korbankan?
Ke mana kita mahu lari?
"Jangan
terpisah. Selagi kita bersama, kita kuat."
Ini kata-kata Nur Sayang. Cuba aplikasikan pada tahap negara kita yang berbilang kaum. Atau pada skala besar, peringkat benua, seterusnya peringkat global. Ada mesej besar dalam karya ini.
Ini kata-kata Nur Sayang. Cuba aplikasikan pada tahap negara kita yang berbilang kaum. Atau pada skala besar, peringkat benua, seterusnya peringkat global. Ada mesej besar dalam karya ini.
Banyak
keringat dan airmata di sebalik trilogi ini. Itu sebab ia sangat special
bagi saya. Dan kerana itu pembacanya juga special di hati saya.
Sehinggakan ada yang saya petik namanya dalam Fugitif. Yang tak kena
petik tu, jangan merajuk..nanti saya petik pada karya akan datang, insya-Allah.
Berikut adalah antara rujukan ketika saya menulis Fugitif
Biografi Agung Rasulullah.Rusydi Ramli Al-Jauhari.Mustread,
2012.
Peribadi Nabi Anugerah Suci.Shiekh Abu Muhammad Tolha
Al-Khairi.Thinker’s Library, 2009
Allah Doktorku Wahyu Ubat Penyakitku.Mukhlas Asy-Syarkani
Al-Falahi.Telaga Biru Sdn Bhd, 2013.
Rasulullah is my Doctor, edisi Bahasa Melayu. Jerry D.
Gray.PTS, 2013.
Deadly Mist, edisi Bahasa Melayu.Jerry D. Gray.PTS, 2013.
Quran Saintifik.Dr. Danial Zainal Abidin.PTS, 2007.
Rahsia Pembunuh Ekonomi Dunia, edisi Bahasa Melayu.John
Perkins.PTS, 2011.
FUGITIF boleh didapati di kedai buku seluruh Malaysia. RM29 sahaja sebelum diskaun.
FUGITIF boleh didapati di kedai buku seluruh Malaysia. RM29 sahaja sebelum diskaun.
Bagaimana membuat Storyline menggunakan MS-Word
Saya seorang penulis yang tak reti tulis ikut turutan dari mukasurat 1 hingga TAMAT. Saya tulis ikut suka, bila ada idea untuk sesuatu babak. Mungkin di tengah. Mungkin ending.
Hari itu semasa di MPH, Tuan Shah Othman bertanya bagaimana saya tentukan flow jika saya menulis ke depan ke belakang ke tepi ke tengah. Saya jawab, perlu ada storyline template. Terutama karya thriller yang ceritanya banyak konflik, banyak situasi dan ada tanda tanya merata-rata yang hanya dijawab sikit-sikit dan kemudian ada twist pulak. Seperti trilogi FUGITIF saya itu.
Sebenarnya, ada cara yang paling senang untuk buat storyline menggunakan MS-Word. Hari ini saya bermurah hati nak bagi tutorial.
Gunalah function Heading seperti dalam gambar. Bila guna Heading, ia akan appear kat Navigation Pane. Bolehlah guna seberapa banyak level yang memang sudah disediakan oleh Bill Gates. Saya selalu guna 2 level saja, Heading 1 dan Heading 2.
Latihan 1: letak cursor pada perkataan Bab dan klik Heading 1. Ia akan automatik appear kat Navigation Pane.
Bila ada idea untuk sesuatu babak, contoh nak tulis babak ‘Helsa cuci bilik JZ’, klik pada babak itu pada Navigation Pane. Word akan bawa awak ke situ. Tak payahlah awak tercari-cari di antara 400 mukasurat yang awak dah tulis. Nak pindahkan sesuatu Bab atau babak pun drag saja di dalam Navigation Pane. Sebelum submit ke editor, buang text pada Heading 2 dan tinggalkan ***. Ia akan jadi pembahagi babak.
Latihan 2: letak cursor pada sesuatu babak dan klik Normal
Navigation Pane ini berfungsi sebagai storyline awak. Dari sinopsis kepada storyline kepada proposal. Boleh tambah Bab dan babak, bila perlu. Dan bila awak baca Navigation Pane, awak pasti sudah boleh nampak kalau ada rompong. Atau kalau awak memang sengaja nak buat sambungan, biarkan aje dia rompong. Hahaha.. Seperti trilogi FUGITIF saya itu.
Fugitif adalah contoh lengkap penggunaan Heading untuk membina storyline. Kalau awak nak lihat dengan lebih jelas bagaimana penggunaan Heading ini bertukar menjadi flow dalam karya, beli dan baca Fugitif. Pelaburan RM29 sahaja. Ilmu yang boleh digunakan sampai bila-bila.
Fugitif boleh didapati di kedai buku seluruh Malaysia.
Popular, MPH, SMO, Kedai Buku Banggol, Pustaka Aires, Pustaka Intan, Sahabat Anuur, Gallery Bookstore, Kinokuniya dan banyak lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)