Maya Iris Blog Header

Sunday, May 28, 2017

FAQ FUGITIF
Selepas saya terima beberapa review Fugitif, saya terfikir nak buat FAQ ini. Sebab ada review yang buat saya senyum dari telinga ke telinga. Ada komen yang buat saya.. hmm.. mungkin sudah tiba masanya saya berhenti menulis, kot.

Satu masalah tentang Fugitif ialah ramai yang tak tahu ia adalah bahagian ketiga trilogi. Jadi, pembaca baharu tak kenal watak. Sedih, kan? 

Berbalik kepada FAQ.

1. Bolehkah baca Fugitif tanpa baca Mahar Cinta Cinderella dan Konspirasi Suami

Saya tulis setiap satu supaya ia standalone. Terus-terang saya katakan, marketing dan promosi untuk trilogi adalah sangat susah apabila ketiga-tiganya diterbitkan oleh penerbit yang berlainan.Paling ideal ialah baca dari bahagian pertama. Tapi ada juga pembaca yang terus baca Fugitif dan menyukainya. Ada yang lost. Ada juga yang give-up separuh jalan. Nasihat saya, kalau dah ter-miss bahagian 1 dan 2, seeloknya anggap Fugitif itu cerita baru. Jangan ingat langsung pasal part 1 dan 2. Jangan jadikan tak baca part 1 and 2 sebagai mental block. Baca Fugitif sampai habis. Semua jawapan ada di akhir cerita.


2. Kenapa Nur Sayang gedik sangat?

Nur Sayang mengalami kecelaruan fikiran dalam Mahar Cinta Cinderella. Dalam Konspirasi Suami, dia diculik dan disiksa oleh Zionis. Kemudian terpaksa menyaksikan sendiri suaminya pula disiksa oleh Zionis. Ketika itu dia sedang hamil. Bukan preggie biasa macam kita-kita ni. Bila kita pregnant, cabaran kita hanyalah morning sickness dan gula naik, tapi Nur Sayang jadi mangsa pertubuhan dunia, kut. Secara realistiknya, emosi tentu akan terganggu. Trauma boleh merubah karektor seseorang. Bagaimana orang sekeliling membantunya. Kalau watak dalam novel pun sudah menjengkelkan, bagaimana pula kalau ia berlaku dengan orang tersayang? Apakah kita ada kesabaran untuk menanganinya seperti Dr. Ehsan?


3. Kenapa cepat sangat matikan Dr. Stein?

Dr. Stein ialah orang kuat Konsortium yang kerjanya merancang penaklukan dunia agar menjadi penyembah Dajjal. Dia memegang watak jahat utama dalam Konspirasi Suami. Saya matikan dia cepat dan menggantikan dengan Sanderson untuk menggambarkan betapa besar keahlian Konsortium. Apabila orang kuatnya mati, dengan mudah dan cepat mereka boleh dapatkan pengganti. Semua rancangan mereka tidak tergendala sedikit pun.


4. Kenapa Konsortium tak dapat dikalahkan?

Antagonis no. 1 dalam trilogi ini ialah Dajjal. Pengikut Dajjal sangat ramai, sehinggakan umat Islam disaran lari ke gunung mencari perlindungan. Kalau dengar Dajjal datang, jangan berani nak berhadapan dengannya. Sebab lelaki yang paling kuat imannya pun akan terpesong menjadi pengikut. Ini semua ada dalam hadis.

Rasullullah bersabda "Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja sudah menempah tempat di neraka".  Rasulullah bersabda lagi, Nabi Isa a.s. yang akan mengalahkan dan membunuh Dajjal. Nabi Isa a.s, tau! Bukan Dr. Ehsan. Bukan Maya Iris. 
Cara dan di mana Dajjal dibunuh pun ada dalam hadis. Jadi, janganlah kecam saya apabila Dr. Ehsan tidak dapat kalahkan Konsortium single-handedly ala-ala filem Hollywood. Itu mengarut saja dan propaganda western supremacy.. hahaha

5. Kenapa tulis pasal Dajjal?

Banyak hadis tentang Dajjal dan akhir zaman. Tapi dalam buku non-fiction, dalam buku agama. Saya masukkan sikit dalam bentuk fiksyen supaya orang yang suka baca novel dapat kutip sedikit ilmu daripadanya.

6. Fasa Baharu tu wujud ke?

Wallahu'alam. Tapi saya tulis berdasarkan hadis Rasulullah yang menyarankan umat Islam lari ke gunung untuk berlindung dari Dajjal. Teknologi yang ada dalam Fasa Baharu bukan teknologi baru. Ada yang sudah wujud. Ada yang masih dalam penyelidikan dan pembangunan.

7. Kenapa Fugitif tidak seberat Konspirasi Suami?

Konspirasi Suami diterbitkan oleh PTS. Mereka ada pakar rujuk yang terdiri dari pelbagai bidang. Saya boleh tulis berat-berat tanpa rasa bimbang tertulis fakta dan hadis yang salah kerana editornya akan rujuk kepada pakar.

Ketika saya tulis Fugitif, masa tu dalam 100 pgs, saya diberitahu Konspirasi Suami tidak akan disambung penerbitannya. Jadi, saya perlu cari penerbit lain. Lain penerbit, lain style. Ada yang tak mahu berat sangat. Ada yang tak mahu panjang sangat. Manuskrip Fugitif yang asalnya 450 pgs ditolak oleh 4 penerbit. Buku SO sudi terbit dengan syarat jadikan ia 350 pgs. Jadi, banyaklah yang kena cantas. Itupun dah habis cantas jadi 370 pgs. Dalam laptop saya ni ada berbagai versi: versi panjang, versi pendek, versi ringan, versi berat. 

8. Apa mesej utama dalam Fugitif?

Apa sahaja boleh berlaku apabila Konsortium menyerang. Nur Sayang medical student. Dr. Ehsan medical doctor. Tak pernah pegang senjata kecuali pisau bedah, kut. Dia dan Nur Sayang survive sebab mereka tidak terpisah, walaupun jatuh miskin. Memang Fugitif tak banyak aksi, sebab fokusnya hubungan mereka berdua. 
Mesej yang saya nak sampaikan ialah bayangkan kalau negara kita dikenakan serangan ekonomi. Begitulah keadaan kita. Menjadi miskin. Kita tak ada kuasa melawan sebab kita bukan negara tentera. Negara kita kecil. Tapi, kita akan jadi kuat apabila kita bersatu-padu. Betul, tak?

9. Senang ke tulis trilogi?

Tak senang. Sebab bila nak tulis cerita yang bersambung-sambung, kenalah fikir ceritanya jangan klise. Itulah sebab saya tak belasah Dr. Ehsan dan Nur Sayang dalam Fugitif. Dr. Ehsan dah kena belasah dalam Mahar Cinta Cinderella. Dia dan Nur Sayang kena belasah dalam Konspirasi Suami. Kalau saya belasah mereka berdua dalam Fugitif, tentu akan ada pembaca yang kata saya ni asyik belasah hero dan heroin saja. so klise! Itulah sebabnya mood MCC, KS dan Fugitif berlainan. Tahap beratnya pun lain.

Nah! Dah dapat jawapan. Tak berminat nak dapatkan Fugitif ke?
Fugitif akan disambung dengan novel berjudul ARTIFAK. Jangan kata tak sempat baca Fugitif bila Artifak dah keluar pulak.

No comments:

Post a Comment