Maya Iris Blog Header

Thursday, October 6, 2011

Mahar Cinta Cinderella No. 3 Terlaris

Salam. Pagi-pagi kelmarin aku melayari internet. Memang kebiasaannya aku akan menyinggah ke website PTS. Nah! Terkejut juga apabila melihat Mahar Cinta Cinderella menduduki tempat ketiga dalam carta terlaris bulan September bagi kategori Novel Dewasa. Mahar Cinta Cinderella baru saja diterbitkan pada bulan Ogos, bulan September sudah masuk carta. Alhamdulillah, aku tidak berhenti mengucapkan syukur sepanjang hari. Hari ini pula, seorang editor di PTS mengatakan novel itu sudah kehabisan stok di gudang. Perasaanku? Terasa seperti dalam hati ada blink-blink...

2 comments:

  1. assalamualaikum..tahniah di atas kesinambungan novel yang seterusnya...hampir setahun lebih saya tidak mengikuti perkembangan novel2 di Malaysia..namun semalam akhirnya saya kembali berkesempatan untuk ke salah sebuah gedung buku..dikelilingi aroma buku-buku merupakan satu detik yang amat membahagiakan...mata terus berlari mencari novel yang tertulis nama Maya Iris..dari satu rak ke satu rak tetapi x ketemu...kecuali novel kegemaran saya Curahan Cinta Niagara..hati..tertanya2..adakah Maya Iris sudah tidak menulis?..walaupun pulang dengan bebarapa buah buku yang alain tetapi hati rasa terkilan kerana tiada buah tangan hasil nukilan puan sehinggalah terjumpa blog ini..rupa2nya saya yang ketinggalan...sudah ada dua buah buku menyusul selepas CCN rupanya....namapaknya saya kena pujuk suami untuk mencari buah2 tangan ini...tidak sabar untuk menghadamnya..:)

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumusalam Ummuhanna,

    Terimakasih di atas komen yang menaikkan semangat saya.

    Ya, memang buku-buku saya agak sukar untuk didapati, terutama Kuseru Namamu Kekasih. Tapi pelik juga, sebab Mahar Cinta Cinderella sepatutnya sudah ada dalam pasaran.

    Selamat membaca..

    ReplyDelete